Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PIBG IBU BAPA DAN GURU SKTTA yang telah menyumbang dan menabur khidmat bakti bagi memajukan anak bangsa untuk menjadi modal insan terbaik pada negara untuk masa akan datang.
Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi WEB PIBG, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik maupun sahsiah.
Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum maupun kokurikulum . Jelaslah di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Akhirul kalam, saya mendoakan SK TMN TUN AMINAH sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.
Sekian,. terima kasih.
EN. ABU SAIFUDDIN B HJ ABU HANIPAH (SESI 2014 / 2015)
Yang DiPertua PIBG SK TMN TUN AMINAH

Kata Aluan Penasihat PIBG 2013/2014
Sekapur Sirih daripada Guru Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan rahmat-Nya, Laman Web PIBG SK Tmn Tun Aminah dapat dibangun dan dimantapkan. Sekalung pengargaan dan terima kasih saya ucapkan atas usaha ini. Pembinaan laman web PIBG ini sangat besar ertinya kepada sekolah.
Tujuan utama laman web ini adalah untuk berkongsi atau bertukar-tukar pengalaman kepada semua pengunjung laman ini. Harapan saya dengan adanya laman web ini tuan/puan dapat mengenali lebih dekat lagi segala informasi dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan di sekolah ini. Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
Saya penuh yakin, dengan komitmen daripada semua guru, warga sekolah dan PIBG, Sekolah Kebangsaan Tmn Tun Aminah 1 akan terus cemerlang dalam semua bidang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang berkesan dan mencerminkan budaya berkualiti dalam setiap aspek kehidupan.
Akhirnya, semoga Laman Web PIBG SK Tmn Tun Aminah menjadi laman rasmi yang dikenali di daerah Johor khasnya dan juga di negeri Johor amnya.
Sekian, terima kasih.
‘MAJU SEKOLAH MAJU MASYARAKAT’
HAJAH S HANIM BT A RAHMAN
Guru Besar
SK Tmn Tun Aminah 1
Kata Aluan YDP PIBG 2013/2014
Assalamualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mengisi ruang dalam Laman Web PIBG SK Tmn Tun Aminah 1. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pembangun laman web ini yang telah berjaya mereka bentuk dan membangun laman web ini.
Laman web ini adalah signifikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PIBG sekolah ini. Laman web ini akan membuka jalan ke arah perkara-perkara berikut yang boleh dilakukan sama ada secara ‘synchronous’ mahupun ‘asynchronous’ iaitu :
Hebahan informasi terkini kepada ahli PIBG dan pihak luar ;
Penyediaan platform kepada ibu bapa dan guru melihat perkembangan pelajar ;
Akses kepada maklumat berkaitan PIBG dan sekolah pada bila-bila masa ;
Akses kepada aktiviti sekolah ;
Penyaluran idea daripada ibu bapa dan guru ; dan
Penyaluran aduan secara online.
Sebagai peneraju PIBG, saya percaya bahawa kerjasama dan gandingan mantap antara warga sekolah dengan PIBG dapat memperkasakan usaha pengekalan kecemerlangan dan penambahbaikan secara berterusan. Saya yakin inisiatif yang dilakukan menerusi laman web ini akan membuka jalan ke arah kerjasama tersebut. Saya juga yakin laman web ini dapat disenggara dan ditadbir dengan baik. Insya Allah, impaknya akan memberikan banyak faedah kepada kita semua khususnya dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan cemerlang berlandaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025). Sekaligus menjadi pemangkin sinergi kecemerlangan unggul.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
MOHAMAD YASIN BIN HAJI YATIM
Yang Dipertua PIBG,
SK Tmn Tun Aminah 1.
SEJARAH PIBG SK TMN TUN AMINAH JOHOR
PENGENALAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tmn Tun Aminah 1 telah ditubuhkan pada tahun 1985 iaitu setahun selepas sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Sehingga hari ini seramai 8 orang Yang Dipertua PIBG telah dilantik. Antaranya adalah seperti yang berikut:
Nama YDP PIBG :
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.
Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah persatuan ini menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.
Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Visi dan Misi PIBG SK TMN TUN AMINAH 1
PIAGAM PELANGGAN
Kami ahli PIBG SK TMN TUN AMINAH 1 dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
• Membantu pihak sekolah melaksanakan proses pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi
kehendak individu, masyarakat dan negara bermula pada hari pertama persekolahan baru dibuka.
• Menjadi pemangkin pengembangan bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum berasaskan pembinaan generasi bestari.
• Mengurus dan menggunakan segala peruntukan kewangan yang diterima secara efisyen dan berkesan bagi keperluan
dan faedah sekolah.